Apa pengumuman Datuk Abang Johari malam ini?
KUALA LUMPUR: Pastinya rakyat Sarawak tertunggu-tunggu akan pengumuman Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg malam ini.
Pengumuman itu dilihat bakal mengembalikan hak-hak Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh Kerajaan Persekutuan.
Rakyat Sarawak amat gembira apabila kuasa dan hak berkenaan yang telah hilang sejak lama akan dikembalikan kepada negeri ini.
Pengumuman itu juga dilihat para penganalisis sebagai satu keikhlasan Kerajaan Persekutuan untuk membantu Sarawak.
Malah cakap-cakap kosong mula kedengaran apabila Abang Johari dijangka malam ini akan memberi fokus kepada penubuhan Petroleum Sarawak (Petros).
Bukan sahaja itu, beberapa royalti dan hak milik negeri Sarawak juga dikembalikan.
'Kejayaan' mengembalikan hak-hak Sarawak itu juga hasil keakraban antara Abang Johari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hingga melancarkan urusan mengembalikan hak-hak Sarawak.
sumber: astroawani

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah berikrar untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang telah terhakis.
Pengumuman itu juga dilihat para penganalisis sebagai satu keikhlasan Kerajaan Persekutuan untuk membantu Sarawak.
Malah cakap-cakap kosong mula kedengaran apabila Abang Johari dijangka malam ini akan memberi fokus kepada penubuhan Petroleum Sarawak (Petros).
Bukan sahaja itu, beberapa royalti dan hak milik negeri Sarawak juga dikembalikan.
'Kejayaan' mengembalikan hak-hak Sarawak itu juga hasil keakraban antara Abang Johari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hingga melancarkan urusan mengembalikan hak-hak Sarawak.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment