1,500 bakal meriahkan JMFR 2018
LEBIH 1,500 penggemar sukan berbasikal dijangka bakal memeriahkan Jana Manjung Fellowship Ride (JMFR) edisi kali ke-11 pada 29 April depan.
Peserta akan berkayuh sejauh 147km dengan melalui Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah TNB di Manjung serta kawasan sekitar Seri Manjung, Pasir Salak dan Ayer Tawar.
Berdasarkan penyertaan peserta dalam tempoh empat tahun lalu, pihak penganjur yakin sasaran peserta dapat dicapai memandangkan acara itu diangkat menjadi program tahunan dalam kalender pelancongan negeri Perak sejak 2015.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dijangka akan melepaskan peserta JMFR 2018 di Taman Rekreasi Pantai Resort, Teluk Batik.
Setiap penyertaan akan menerima sehelai kemeja T jersi eksklusif JMFR, pingat, jamuan makan tengah hari dan juga peluang memenangi cabutan bertuah.
Bagi melancarkan program, peserta akan diiringi dan dipantau 100 marshall dan 40 anggota polis, ambulans serta kereta sokongan.
Aktiviti ini yang dianjurkan ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan mempromosikan kesedaran memulihara alam sekitar.
Selain program berbasikal, sebanyak 30 gerai pameran dan jualan turut disediakan.
Mereka yang berminat untuk menyertai acara ini boleh mendaftar menerusi laman web JMFR 2018, https://jmfr.tnbj.com.my sebelum 6 April 2018.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment