Yatt Hamzah sorok jantina anak

Friday, February 2, 2018

Yatt Hamzah sorok jantina anak

Yatt Hamzah sorok jantina anak

HAMIL anak ketiga, selebriti popular, Yatt Hamzah dilihat teruja berkongsi foto video imbasan kandungan (ultrasound) bakal bayinya.

Lebih istimewa, perkongsian itu dibuat secara eksklusif menerusi live di laman rasmi Facebook (FB).

"Saya sebenarnya nak share satu berita baik. Alhamdulillah, saya sempat ke klinik dan buat ujian ultrasound 6D.

"Nak tengok tak? Bukan selalu saya share dengan ramai orang. Tengoklah, ada rupa bonda ke abah?

"Lagipun, saya tak akan upload ultrasound ini di mana-mana. Suami tak izinkan. Hanya kali ini saja (ketawa)," ceritanya.

Kini, usia kandungan selebriti berusia 38 tahun ini mencecah 33 minggu dan dijangka bersalin pada hujung Mac nanti.

"Alhamdulillah, doktor cakap berat baby dah lebih dua kilogram (kg). Setakat ini, keadaan baby juga baik dan saya pun tak menghadapi apa-apa masalah kesihatan seperti tekanan darah dan diabetes.

"Insya-ALLAH, doktor kata due date saya sama ada 19 Mac atau selewat-lewatnya 25 Mac depan.

"Tapi, doktor pun ada cakap yang saya akan bersalin awal kerana baby dah matang," katanya.

Bagaimanapun, Yatt lebih selesa untuk terus berteka-teki mengenai jantina bayinya itu.

"Cubalah teka? Boy ke girl? Suami saya nak boy, sebab dah ada girl dua orang. Anak-anak pula nak baby girl sebab sama geng and boleh share baju.

"Tapi, saya tak kisah pun, boy ke girl, asalkan bayi bakal lahir nanti sihat walafiat," katanya.

Malah, pelakon drama bersiri Baitul Rahmat ini turut mengharapkan peminat agar terus mendoakan kesejahteraannya.

"Saya nak mohon doa daripada semua orang.

"Semoga saya terus sihat dan selamat melahirkan anak yang cukup sifat, sempurna akal dan fizikal serta menjadi insan yang bermanfaat untuk ummah," katanya.

Bayi berkenaan merupakan anak kedua Yatt dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin, 28.

Sebelum itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Suci Humaira Iqlima yang kini berusia 15 bulan.

Pemilik nama sebenar Haryati Hamzah ini juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika, 8, hasil perkahwinan terdahulu, dengan Abdul Mutalib Shukor.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment