RM40,887.31 dadah pelbagai jenis dirampas

Friday, February 2, 2018

RM40,887.31 dadah pelbagai jenis dirampas

RM40,887.31 dadah pelbagai jenis dirampas

BACHOK â€" Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kelantan berjaya merampas pelbagai jenis dadah dalam Ops Tapis Bersepadu yang diadakan selama empat hari bermula 27 hingga 31 Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, jumlah rampasan dadah itu bernilai RM40,887.31 melibatkan operasi di 10 buah daerah sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, nilaian rampasan itu adalah daripada 236 kes dengan jumlah tangkapan 294 orang suspek termasuk 24 pengedar dadah.

“Dadah yang dirampas itu melibatkan 27.37 gram heroin; 0.3 gram ganja; 1,507 biji pil yaba; 7 biji ektasi, 62.84 liter kodien; 24.66 gram syabu; 615 biji eramin 5; 7 kilogram daun ketum; dan 85.97 air ketum.

“Semua kes disiasat mengikut beberapa akta berkaitan termasuk 39 B Akta Dadah Berbahaya, 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya, 12 (2) Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 30 (3) Akta Racun dan sebagainya. Selain itu  harta- harta pengedar dadah berkenaan juga disita berjumlah kira- kira MR251,682,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan bendera kepada pasukan bola tampar, ragbi dan ping pong yang mewakili Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Bachok semalam.

Dalam pada itu, pertandingan Ping Pong Piala Ketua Polis Kelantan yang tamat semalam menyaksikan Sarjan Wan Mohd Rafik Wan Man dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas muncul johan perseorangan lelaki terbuka selepas menewaskan Koperal Jabir Jaafar dari IPD Kuala Krai.

Manakala, bagi kategoru beregu lelaki terbuka pula johan memihak kepada gandingan Sarjan Che Arifin Che Soh dan Koperal Anuar Zabidi Hassan dari IPK Kelantan. Naib johan pula milik regu Koperal Muhammad Faizul Che Mat dan Lans Koperal Mutalib Che Muhamad dari IPD Machang.

Difahamkan pertandingan ping pong Piala Ketua Polis Kelantan itu melibatkan  11 pasukan dari semua IPD seluruh Kelantan dan satu pasukan dari IPK.

Hadir sama dalam majlis itu Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah bersama 250 orang anggota dan tetamu jemputan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment