Nelayan selamatkan anak penyu

Friday, February 2, 2018

Nelayan selamatkan anak penyu

Nelayan selamatkan anak penyu

MARANG - Seekor anak penyu dipercayai jenis agar dari spesies 'chelonia mydas' yang terperangkap dalam pukat tunda hanyut berjaya diselamatkan nelayan di perairan Marang di sini.

Anak penyu terperangkap di dalam pukat tunda rosak yang sengaja dibuang di perairan berkenaan dibawa arus hampir ke kawasan pesisir pantai berhampiran Kampung Merchang.

Nelayan terbabit juga merupakan Ketua Sukarelawan Perikanan (Super) Merchang, Mohd Nasir Salleh berkata, ketika ditemui spesies terancam itu berada dalam keadaan yang letih.

Menurutnya, anak penyu dengan anggaran berat kira-kira 10 kilogram itu berjaya diselamatkan, dilepas semula ke laut dan keadaan itu biasa berlaku membabitkan pukat tunda rosak.

"Sebelum ini pun, (nelayan) pernah jumpa anak-anak penyu lekat (terperangkap) di jaring pukat tunda (yang rosak). Biasanya kita lepaskan semula ke laut dan yang mati kita buang.

"Biasanya (penyu) banyak sangkut pada pukat tunda (rosak), pukat lain susah hendak sangkut. Pukat tunda rosak biasanya akan dibuang ke laut begitu sahaja," katanya ditemui Sinar Harian, hari ini.

Mohd Nasir berkata, sukarelawan Super terdiri daripada nelayan dan kewujudan mereka adalah sebagai mata dan telinga pihak berkuasa, terutama dalam menangani kes pencerobohan bot nelayan asing.

"Bagaimanapun, tugasan ahli Super tidak hanya terhad di situ sahaja, kami turut terbabit dalam tugas-tugas lain seperti ini dalam menjaga kepentingan habitat haiwan laut termasuk penyu," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment