Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 62 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Meriting, Sundar di sini pada pukul 10.30 pagi semalam.
Beliau berkata, tangkapan itu dibuat setelah seorang doktor di Hospital Lawas membuat laporan polis berhubung perbuatan terkutuk dilakukan lelaki berkenaan.
“Seorang doktor membuat laporan polis setelah mendapati seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dibawa oleh ibu angkatnya menjalani pemeriksaan di hospital didapati menjadi mangsa rogol bapa saudaranya itu.
“Mangsa mendakwa suspek sudah beberapa kali mencabul dan merogolnya di dalam kereta apabila menghantarnya pulang ke asrama pada hujung minggu dan kali terakhir melakukan perbuatan itu pada November tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.
Beliau berkata, polis akan memohon suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada hari ini. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment