Banjir: 4 sekolah ditutup di Sarawak

Thursday, February 1, 2018

Banjir: 4 sekolah ditutup di Sarawak

Banjir: 4 sekolah ditutup di Sarawak

KUCHING:  Seramai 255 murid dari empat sekolah rendah di pedalaman negeri ini bercuti hari ini akibat banjir

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lenei di Baram yang mempunyai 44 murid dan SK Tanjong di Limbang dengan 138 murid.

Turut ditutup Sk Klid/Plajau di Dalat yang mempunyai 59 murid dan SK

Penghulu Baya Mallang di Baram hanya ada 14 murid.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, semua sekolah terbabit terpaksa ditutup berikutan jalan dinaiki air.

Beliau berkata, SK Klid/Plajau yang paling teruk terjejas apabila air naik sehingga hampir dua meter.

"Keadaan itu disebabkan limpahan air sungai selepas hujan lebat sejak dua hari lalu.

"Paras air juga dilaporkan semakin menaik terutama di SK Tanjong manakala di SK Klid/Plajau sudah melepasi paras berbahaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemantauan berterusan dijalankan dengan kerjasama pihak sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah untuk memastikan keselamatan murid dan guru di semua sekolah terbabit terjamin.

Sementara itu, hujan lebat juga berlaku di kawasan Kuching sejak semalam hingga hari ini.

Berikutan itu, JPBN kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment