Tunggu saman RM2.6 juta!

Tuesday, May 1, 2018

Tunggu saman RM2.6 juta!

Tunggu saman RM2.6 juta!

KULIM - Ketua Bahagian Bersatu Padang Serai, Khairul Anuar Ramli telah membuat satu laporan polis kira-kira jam 2.30 petang, semalam berkaitan dakwaan menerima wang habuan berjumlah RM20,000 daripada Ketua Umno Bahagian Padang Serai.

Beliau menafikan dakwaan tersebut yang kononnya wang itu diberi supaya tidak membongkar rahsia peribadi pemimpin Umno tersebut.

“Pada jam lebih kurang jam 8.00 malam, 30 April 2018 saya telah menerima WhatsApp daripada seorang rakan tentang satu berita fitnah berkaitan diri saya.

“Dalam kumpulan WhatsApp yang dinamakan Anak Muda Bersatu Kedah, ada seorang individu yang saya kenali dan jawatankuasa Umno Bahagian telah mendakwa saya menerima sejumlah habuan RM20,000 daripada pemimpin parti itu untuk menutup rahsianya.

“Jadi saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah berniat jahat ini. Ianya hanya dicetuskan untuk mencemarkan reputasi saya sebagai Ketua Bahagian Bersatu Padang Serai,” katanya kepada media, di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, hari ini.

Beliau berkata akan mengambil tindakan memfailkan saman di bawah Akta Hasutan atau Akta Anti Berita Palsu berjumlah RM2.6 juta kepada individu terbabit dengan segera.

“Saya sudah melantik peguam, dan akan memfailkan seman malu kepada individu terbabit. Selepas WhatsApp itu disebarkan, secara tak langsung imej saya terjejas dan akan menimbulkan pelbagai spekulasi buruk,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Padang Serai, Datuk Asmasi Abu Talib menegaskan isu berkenaan wang tersebut adalah tidak benar.

“Saya tidak tahu langsung hal berkaitan wang tersebut, saya nafikan ia berlaku. Saya sendiri terkejut ada tiba-tiba timbul isu seperti itu,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment