Tugas getir Azlan di Suzuka
Â
KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman mengakui Litar Suzuka, Jepun yang menjadi lokasi Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) hujung minggu ini, sering tidak memihak kepada dirinya.
Justeru pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mengharapkan tuah memihak kepadanya selepas mengalami kemalangan di Suzuka di sepanjang dua musim lalu.
"Litar Suzuka bukanlah litar kegemaran saya," kata juara Asia dalam kelas SuperSports 600cc pada tahun 2013 dan 2017 itu.Â
"Selain faktor bentuk teknikal litar, nasib saya juga tidak begitu baik di sini."
Pelumba berusia 34 tahun itu juga berkata, dia sudah menjalani ujian persendirian di Suzuka untuk memahami karakter jentera baharu Kawasaki Ninja ZX6R yang ditunggangnya.
"Saya mengharapkan nasib lebih baik tahun ini," kata Azlan.
"Kami juga mengadakan ujian persendirian di sini bersama jentera baharu Kawasaki Ninja ZX6R bagi mendapatkan lebih banyak data jentera untuk menjadikannya lebih kompetitif berbanding di Australia.
"Saya akan bekerja keras minggu ini untuk kembali ke podium. Mudah-mudahan semua berjalan lancar."
Azlan kini berada di tangga ketiga keseluruhan dalam kelas perdana dengan 38 mata manakala pelumba Australia, Anthony West mendahului carta, 45 mata. Yuki Ito dari Jepun berada di tangga kedua dengan 42 mata.
Pada pusingan pembuka tirai musim 2018 di Litar Buriram, Thailand, Azlan meraih dua penamat podium apabila menemui garisan penamat masing-masing di tangga ketiga.
Azlan kemudiannya mengalami masalah mekanikal di Pusingan 2 di Litar The Bend Motorsport Park, Australia pertengahan April lalu sekali gus jatuh ke tangga ketiga keseluruhan.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment