Modi tiba untuk bertemu Dr Mahathir

Wednesday, May 30, 2018

Modi tiba untuk bertemu Dr Mahathir

Modi tiba untuk bertemu Dr Mahathir

SEPANG: Perdana Menteri India, Narendra Modi tiba di Malaysia hari ini untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pesawat khas, penerbangan AI OO1 dari Indonesia, membawa Modi dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira jam 11 pagi.

Modi disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim. Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mridul Kumar.

Modi, yang dalam perjalanan ke Singapura, singgah sebentar di Malaysia untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir berikutan kejayaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, pada 9 Mei lalu.

Modi dijadualkan bertemu Dr Mahathir di Putrajaya.


Perdana Menteri India, Narendra Modi bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya. - Foto BERNAMA

Ini adalah lawatan kedua Modi ke Malaysia, yang pertama ialah pada 23 November 2015.

Selasa lalu, Modi tiba di ibu negara Indonesia sempena lawatan tiga negara ke Asia Timur, untuk terus meningkatkan Akta Dasar Timur India.

Menurut Kementerian Luar Negeri India, Modi mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia bermula Selasa lalu hingga hari ini dan Singapura (mulai hari ini hingga Sabtu ini), masing-masing bagi memenuhi undangan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. - BERNAMA



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment