Irwan Serigar bukan lagi Ahli Lembaga Pengarah TH

Wednesday, May 30, 2018

Irwan Serigar bukan lagi Ahli Lembaga Pengarah TH


KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, tidak lagi menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH).

Ini diumumkan oleh TH melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd Irwan menyandang jawatan tersebut sejak 2011 di atas kapasiti sebagai wakil Perbendaharaan.
Kekosongan Ahli Lembaga Pengarah TH akan diisi oleh wakil Perbendaharaan yang baharu sebagai mana yang termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995.

Isnin lalu, Mohd Irwan hilang statusnya selaku ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia. Beliau hilang jawatan tersebut sebaik sahaja beliau berhenti memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

BACA: Irwan Serigar bukan lagi pengarah BNM





sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment