Johor bangun hab belia bandar, luar bandar
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan membangunkan Hab Belia di seluruh daerah sebagai usaha memastikan perkembangan sosio generasi baharu sentiasa terjaga dan berada di landasan betul.
Exco Belia dan Sukan Negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, pembangunan hab terbabit juga adalah untuk memastikan tiada golongan muda tercicir daripada menerima kemudahan awam kerajaan meskipun yang berada di luar bandar.
Menurutnya, kemudahan terbabit akan merangkumi kelengkapan aspek pendidikan, perpustakaan serta lengkap dengan fasiliti sukan termasuk Taman Sukan Ekstrem.
âHab belia ini merupakan satu tempat di mana semua aktiviti akan dijalankan, sekarang pembinaannya kita dah mula di Johor Bahru dahulu iaitu di Hutan Bandar yang mana menelan kos kira-kira RM15 juta.
âSelepas itu kita akan bina di Iskandar Puteri yang mana kelengkapan di sana akan lebih besar dan lengkap. Di sana mungkin kita akan ada padang bola dan kompleks renang yang mana mampu menampung jumlah pengunjung yang lebih besar,â katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Khuzzan berkata, idea asal pembinaan hab belia berkenaan juga adalah saranan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu rakyatnya terutama golongan muda mempunyai lokasi strategik bagi menjalankan aktiviti.
âIni sebenarnya idea Tunku Ismail yang mahukan ada satu kemudahan terbaik untuk golongan muda di negeri ini. Jadi kita ambil saranan itu untuk buat di seluruh daerah, supaya pembangunan ini dapat dilakukan secara meluas bukan hanya tertumpu di kawasan bandar,â katanya.
Berhubung isu penjimatan, beliau berkata, setiap projek pembinaan hab terbabit akan diperinci terlebih dahulu selain hanya akan menggunakan kuarters kerajaan sekiranya kemudahan itu sesuai.
âKita akan pastikan mana-mana kuarters kerajaan yang tidak digunakan serta mempunyai ruang tanah lebih besar kita gunakan itu sahaja jadi ia tidak memerlukan duit yang banyak.
âSaya juga akan turun ke semua daerah untuk pastikan di mana lokasi yang sesuai serta ada kemudahan terbabit. Usaha ini akan pastikan segala bajet diminima sehabis baik,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment