Menteri sahkan gaji Pengerusi Mavcom RM85,000 sebulan
PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengesahkan, Pengerusi Mavcom menerima gaji RM85,000 sebulan, peningkatan lapan peratus daripada RM78,300 yang dibayar sejak suruhanjaya itu ditubuhkan pada 2016.
Menurutnya, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang memansuhkan suruhanjaya itu walaupun dibelenggu beberapa isu.
Pada sidang media di Putrajaya itu, beliau turut mengesahkan Pengerusi Mavcom menerima gaji RM85,000 sebulan, peningkatan lapan peratus daripada RM78,300 yang dibayar sejak suruhanjaya itu ditubuhkan pada 2016.
Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada mesyuarat Kabinet hari ini mengarahkan supaya gaji semua pengerusi suruhajaya, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun dikaji semula.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment