Penagih dadah menyamar jadi orang lain elak ditangkap

Thursday, May 31, 2018

Penagih dadah menyamar jadi orang lain elak ditangkap

Penagih dadah menyamar jadi orang lain elak ditangkap

KLANG - Seorang penagih dadah enggan menyerahkan mykad sebaliknya sanggup menggunapakai nama orang lain bagi mengelak dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).

Dia antara 20 ditahan  dalam satu operasi bersepadu bersama Unit STRIKE Klang di kawasan pusat bandar, di sini semalam.

Bagaimanapun helah lelaki berusia 25 tahun itu gagal apabila maklumat dirinya berjaya dibongkar selepas pegawai AADK menghubungi keluarganya.

Ketua Daerah AADK Klang, Baharuddin Ahmad berkata, dalam operasi jam 4 petang itu, lelaki berkenaan salah seorang daripada 21 yang diberkas dalam operasi bersepadu itu.

"Sejumlah 20 daripadanya adalah lelaki manakala selebihnya wanita yang berusia lingkungan 24 hingga 57 tahun.

"Tangkapan 12 orang daripadanya adalah dari kawasan berisiko tinggi Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0 AADK Klang iaitu di Bandar Bukit Tinggi dan Pandamaran," katanya kepada Media hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas kesemua tangkapan mendapati mereka positif syabu.

"Operasi yang tamat jam 2 pagi itu membabitkan penglibatan empat Anggota AADK dan dibantu lapan pasukan Strike  Klang.

"Operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah khususnya di kawasan berisiko tersebut termasuk kawasan-kawasan lain di daerah ini," katanya.

Katanya lagi, pendakwaan terhadap kesemua tangkapan itu dijalankan hari ini di Mahkamah Majistret Klang.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment