Lelaki tikam jiran dicekup

Thursday, May 31, 2018

Lelaki tikam jiran dicekup

Lelaki tikam jiran dicekup

SEPANG - Lelaki melarikan yang diri dan bersembunyi selepas menikam lima jirannya, dicekup polis di kawasan belukar berhampiran rumahnya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek ditahan kira-kira jam 4.10 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Balai Dengkil.

"Suspek berusia 32 tahun ditahan susulan tindakannya mendatangkan kecederaan.

"Pemeriksaan pada suspek mendapati terdapat kesan calar di badan selain turut dirampas sebilah pisau lipat yang dipercayai digunakan semasa kejadian," katanya.

Mengulas tentang status terkini mangsa, Abdul Aziz berkata, kesemua mangsa dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Serdang.

Katanya, mangsa berusia lingkungan 15 hingga 48 tahun masing-masing mengalami kecederaan di kepala badan, lengan dan rusuk kiri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.48 malam semalam, suspek yang berang dengan deruman bunyi ekzos motosikal waktu malam bertindak mencederakan lima orang jirannya dalam kejadian di Jalan Jenderam Hulu, Dengkil, di sini.

Suspek yang bersenjatakan pisau telah meluru ke rumah jirannya itu sebelum menikam lima lelaki di rumah terbabit sebelum terus melarikan diri.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment