Isu Tak Puasa, Safiey Bimbang Faiz Roslan Bunuh Diri
Dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan dengan membuat pengakuan secara terbuka memberitahu bahawa dia tidak berpuasa, Instafamous Faiz Roslan terus-terusan menerima kecaman dari netizen.
Isu tersebut turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang mahu menjemput Faiz Roslan untuk bertemu dengannya.
BACA:Â Mufti WP Jemput Faiz Roslan Ke Pejabat
Rata-rata netizen mengecam tindakan Faiz Roslan yang mahu mengejar populariti sehingga sanggup mempersendakan agama. Sehingga kini masih tiada kenyataan dari Faiz sendiri dan akaun Instagram miliknya dikatakan telah dinyahaktif atau dipadam oleh pihak Instagram.
Berikutan itu, jutawan kosmetik Safiey Illias turut memberikan pendapat tentang isu tersebut dan meminta agar netizen tidak merumitkan lagi keadaan.
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Safiey meminta netizen agar menegur Faiz dengan cara yang lebih baik dan lemah lembut.
Safiey memberitahu, dia sendiri pernah berada dalam situasi tersebut sehingga rasa tersisih dan benci pada diri sendiri. Tambah Safiey, dia turut meluahkan rasa bimbang jika kecaman dari netizen berterusan, ianya akan membawa kepada depresi dan tekanan sehingga mahu membunuh diri.
Apa-apa pun kita tunggu Faiz Roslan untuk tampil dan menjelaskan keadaan sebenar.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment