Selalunya ada sahaja perkara tak kena di mata netizen apabila bercakap mengenai jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri. Ada saja mulut yang akan mengecam kerana menyampah dengan sikapnya yang suka menunjuk.

Tapi ramai yang tidak tahu sisi baik Aliff Syukri yang sentiasa membantu orang susah. Baru-baru ini, Aliff Syukri memuat naik video memperlihatkan beliau memberikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada mereka yang memerlukan.