Bahasa Melayu terus dimartabat: Anwar
IPOH - Kerajaan memberi jaminan bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini akan terus dipelihara seiring kemajuan negara.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bahasa Melayu akan terus dimartabatkan dan akan digunakan sebagai bahasa utama termasuk bagi acara rasmi.
Bagaimanapun menurut Anwar, penguasaan dalam Bahasa Inggeris juga perlu diberikan keutamaan
sebagai sebuah negara yang bergerak ke arah status negara maju.
âSemua acara rasmi negara mestilah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ini tak boleh ditolak ansur.
âTetapi sikap kita harus terbuka, jika Malaysia nak berjaya sebagai negara maju maka penguasaan bahasa Inggeris kita juga perlu baik,â katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap sempena majlis Iftar Perdana di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, petang tadi.
Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu serta barisan pimpinan Harapan negeri.
Sementara itu, Anwar menegaskan semua pimpinan Harapan perlu memiliki integriti sebagai asas utama dalam pentadbiran masing-masing.
Katanya, semua pimpinan terutamanya yang beragama Islam perlu bebas sebarang amalan rasuah.
âKita tekankan perkara ini supaya ia menjadi contoh dan penanda aras oleh rakyat khususnya bukan Islam yang telah memilih PH sebagai kerajaan.
âKalau umat Islam itu bila dia jadi pemimpin dia rasuah, zalim dan tidak berintegriti, bagaimana orang nak hormat dia? Islam pun tak dapat terima, inikan pula orang bukan Islam,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment