Tambah 43 kekerapan penerbangan sempena Aidilfitri
SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia menambah 43 kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching bermula 8 hingga 25 Jun ini, sempena musim perayaan akan datang.
AirAsia dalam kenyataan media berkata, pertambahan kekerapan membabitkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Langkawi, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Bandar Seri Begawan.
âManakala, kekerapan penerbangan dari Johor Bahru ke Tawau, Kota Kinabalu, Miri , Sibu. Turut bertambah kekerapan penerbangan dari Kuching ke Sibu.
âAirAsia juga menawarkan promosi tambang bermula semalam hingga 3 Jun depan bagi tempoh perjalanan antara 4 Jun dan 30 Oktober 2018,â kata syarikat itu.
Selain itu, penumpang boleh tempah penerbangan ke destinasi antarabangsa dengan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dengan tambang termasuk semua daripada RM60* sehala.
AirAsia X (kod penerbangan D7) juga menawarkan promosi tambang murah daripada RM169* sehala bermula semalam hingga 3 Jun 2018 untuk tempoh perjalanan antara 1 dan 30 Jun 2018.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment