Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, kajian semula ke atas projek mega tidak seharusnya dihadkan kepada projek Persekutuan sahaja tetapi kerajaan negeri terutama Pulau Pinang juga perlu berbuat demikian dan menangguhkannya sehingga kajian semula lengkap diperoleh.
Katanya lagi, pihaknya bimbang sekiranya Ketua Menteri yang baharu, Chow Kon Yeow lebih memberi keutamaan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek yang mempunyai kos tinggi seperti Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
“Negara sedang melaksanakan langkah berjimat cermat, mestilah terdapat penelitian semula terhadap keutamaan bagaimana dana yang terhad dibelanjakan.
“Walau bagaimanapun, kelihatan seperti kerajaan negeri meletakkan keutamaan yang lebih tinggi terhadap kumpulan projek di bawah PTMP yang kesemuanya dilaporkan bernilai RM46 bilion, menurut laporan akhbar pada Jun tahun lepas yang memetik Kon Yeow ketika itu merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment