Perlantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 bukan saja membuatkan rakyat Malaysia bersorak gembira, malah Tun M juga mendapat ucapan tahniah dari pemimpin seluruh dunia.

Baru-baru ini, seorang produser Bollywood merancang untuk menghasilkan filem mengenai kemenangan Tun M pada PRU lalu dan menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia.


BACA: Kasihankan Najib, Johan Mohon Periksa Rumah Tun M


Menurut penerbit tersebut Raman Kumar, filem itu akan mengisahkan tentang intrik politik dan bagaimana Tun M menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri, dari tahun 1981 hingga 2003, serta sanggup bertanding sekali lagi untuk menangani korupsi dan rasuah di Malaysia.

Filem yang diberikan tajuk ‘Mahathir Penyelamat Malaysia’ itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris.



Katanya lagi, filem tersebut akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem dari Mumbai. Agak-agak siapa yang akan melakonkan watak Tun Mahathir?