PPS Dewan MPTI Langkap ditutup

Tuesday, May 29, 2018

PPS Dewan MPTI Langkap ditutup

PPS Dewan MPTI Langkap ditutup

TELUK INTAN - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap yang menempatkan 51 mangsa banjir di empat kampung sekitar Langkap ditutup secara rasmi jam 10 pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, Shahrunaim Radzali berkata, penutupan dewan berkenaan dilakukan selepas mendapati air sudah surut.

“Adalah dimaklumkan PPS Dewan MPTI Langkap yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Guru, Kampung Degong, Kampung KIlang Kacang, Kampung Chikus dan Batu 9, Changkat Jong, telah ditutup 10 pagi tadi (semalam).

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Ahad lalu seramai 37 mangsa dari empat kampung iaitu Kampung Guru, Kampung Degong, Kampung Kilang Kacang dan Kampung Chikus sekitar Langkap di pindahkan ke Dewan MPTI selepas rumah mereka dinaiki air sekitar jam 5 petang.

Banjir berkenaan dikatakan berpunca daripada limpahan air Sungai Chikus selain hujan lebat yang berlaku hingga ada rumah ditenggelami air hingga paras pinggang.

Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin turut melawat mangsa banjir di kediaman mereka semasa kejadian dan menyampaikan bantuan di PPS Dewan MPTI Langkap.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment