Perkenal subjek cegah rasuah
ALOR GAJAH - Bagi memastikan amalan salah guna kuasa dan rasuah dibendung dalam kalangan generasi muda, Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) akan memperkenalkan modul mata pelajaran pencegahan rasuah.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora berkata, ia akan dijadikan mata pelajaran wajib menerusi program kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, selain pelaksanaan modul bagi mata pelajaran wajib, kursus berkenaan juga akan diambil oleh semua pelajar jurusan ijazah dan diploma.
âMenerusi pelaksanaan modul itu, Kuim akan mewajibkan semua pelajarnya mengambil mata pelajaran berasaskan kepada amalan integriti dan pencegahan rasuah.
âKita akan jadikan ia sebagai mata pelajaran wajib dan ada di antara modul mata pelajaran ini akan diajar sendiri oleh Unit Latihan SPRM,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) KUIM yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd di Auditorium Ibnu Khaldun kampus universiti itu di Kuala Sungai Baru, kelmarin.
Hadir sama, Pengarah SPRM Melaka, Abu Talib Othman.
Sementara itu, Shamshun berkata, pihaknya menyambut baik usaha positif yang dijalankan Kuim melaksanakan modul mata pelajaran pencegahan rasuah dalam kalangan pelajarnya.
Menurutnya, seharusnya pencegahan rasuah di laksanakan di peringkat pelajar dan yakin ianya tidak mampu direalisasikan tanpa sokongan dan dorongan pihak universiti.
âKita di SPRM sememangnya menggalakkan mana-mana pihak untuk mengadakan kerjasama dengan kita termasuk dalam aspek pencegahan.
âApa yang saya diharapkan langkah yang diambil KUIM dapat menjadi contoh kepada institusi pengajian tinggi lain dalam bersama membedung dan mencegah amalan rasuah,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment