10 penduduk kampung dipenggal di Mozambique
MONJANE - MOZAMBIQUE. Sekumpulan individu dipercayai militan dilaporkan memenggal kepala 10 orang penduduk termasuk kanak-kanak dalam serangan di sebuah kampung kecil di utara Mozambique.
Pentadbir Palma, David Machimbuko berkata, insiden berlaku hujung minggu lalu di Monjane, bandar kecil yang semakin meningkat menjadi hab gas asli baru negara itu.
Pihak polis masih belum memberi maklumat lanjut berhubung insiden.
Menurut penduduk tempatan, salah seorang mangsa adalah ketua kampung Monjane yang didakwa menyalurkan maklumat kepada polis berkaitan lokasi kumpulan militan al-Shabab.
Al-Shabab merupakan kumpulan militan yang bertanggungjawab ke atas serangan maut di balai polis dan pos tentera di bandar Mocimboa da Praia Oktober tahun lalu.
Mereka dikatakan memberi taat setia kepada kumpulan pengganas al-Qaeda dan berpusat di Somalia. - PressTV
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment