Banjir di Kulim, dua beranak mati lemas
KULIM: Dua beranak mati lemas dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Baru di Kulim, Kedah awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 1 pagi tadi Johari Bakar, 60 tahun, dan anaknya Nor Suri Danila, 14 tahun ditemukan lemas selepas hanyut akibat arus deras.
Ketika kejadian, johari dikatakan cuba menyelamatkan diri bersama isteri Johari, Che Yam Ton, 55, dan seorang lagi anak mereka Azim Hazrin, 21, yang terselamat.
Bagaimanapun, Che Yang sempat berpaut pada dahan pokok, sebelum diselamatkan penduduk kampung.
Manakala, Dalilla gagal menyelamatkan diri dan turut dihanyut arus.
Gerakan mencari oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang dibantu penduduk kampung berjaya menemui mayat Danilla pada 8.30 pagi tersangkut pada akar kayu di Sungai Kob.
Sementara itu, Mayat johari ditemui jam 10.15 pagi tadi tidak jauh dari keretanya yang turut sama dihanyutkan air.
“Sebab terjadinya mangsa dihanyutkan adalah disebabkan oleh kepala air yang mula turun daripada sungai tepi rumah beliau dan menghempap kereta seterusnya mansa tersebut,” kata Penguasa Kanan Bomba 2 Bomba Kulim, Mohd Hafiz Suhaimi.
Kedua-dua mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
sumber: astroawani

Namun usaha itu gagal, sebaliknya, Johari dihanyutkan arus deras. Isteri dan anaknya yang mengekori Johari turut dihanyutkan arus.
Bagaimanapun, Che Yang sempat berpaut pada dahan pokok, sebelum diselamatkan penduduk kampung.
Manakala, Dalilla gagal menyelamatkan diri dan turut dihanyut arus.
Gerakan mencari oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang dibantu penduduk kampung berjaya menemui mayat Danilla pada 8.30 pagi tersangkut pada akar kayu di Sungai Kob.
Sementara itu, Mayat johari ditemui jam 10.15 pagi tadi tidak jauh dari keretanya yang turut sama dihanyutkan air.
“Sebab terjadinya mangsa dihanyutkan adalah disebabkan oleh kepala air yang mula turun daripada sungai tepi rumah beliau dan menghempap kereta seterusnya mansa tersebut,” kata Penguasa Kanan Bomba 2 Bomba Kulim, Mohd Hafiz Suhaimi.
Kedua-dua mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment