Bantu syarikat kecil

Thursday, May 31, 2018

Bantu syarikat kecil

Bantu syarikat kecil

UNITED Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) bekerjasama dengan Funding Soceities, Modalku Ventures Sdn Bhd bagi menghubungkan syarikat pemula dan perniagaan kecil iaitu syarikat yang mempunyai perolehan sebanyak RM40 juta dan ke bawah dengan pilihan pembiayaan alternatif yang dapat membantu mereka cepat berkembang.

Melalui perkongsian ini, UOB Malaysia boleh mengakses rangkaian pelabur global Funding Societies untuk mengumpul modal kerja tambahan dan pelanggan UOB Malaysia dapat mengumpul modal sehingga RM500,000 secara langsung dari pelabur individu dan institusi dengan menggunakan platform P2P dalam talian Funding Societies tanpa memerlukan cagaran.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Perbankan Perniagaan di UOB Malaysia, Raymond Chui berkata, perkongsian dengan 'Funding Societies' mengukuhkan lagi komitmen bank dalam memberi sokongan kepada perniagaan kecil di Malaysia apabila mereka berkembang melalui pelbagai peringkat pertumbuhan.

“Kami prihatin perniagaan kecil menghadapi kesukaran untuk mendapat akses kepada modal kerja tambahan di peringkat awal pertumbuhan akibat kekurangan cagaran, sejarah kredit, atau prestasi rekod perniagaan.

"Melalui kerjasama dengan Funding Societies', kami dapat menawarkan suatu alternatif berdaya maju selain pinjaman bank tradisional kepada mereka," katanya.

Kata Chui, mereka akan membantu perniagaan berkenaan meningkatkan produktiviti dengan menyediakan penyelesaian digital berskala yang dapat membantu memperkemas dan mengautomatikkan sistem dan proses pentadbiran.

 "Apabila perniagaan ini meningkat secara berskala dan mewujudkan rekod prestasi, kami dapat menambahkan lagi penyelesaian pembiayaan berjangka yang lebih luas kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Funding Societies Malaysia, Ryo Gim berkata, perkongsian dengan UOB Malaysia akan membantu meningkatkan kesedaran mengenai peminjaman P2P dalam kalangan syarikat pemula dan peniaga kecil di Malaysia.

“Kami melancarkan platform Funding Societies pada Februari 2017 dan membelanjakan lebih RM40 juta sebagai pembiayaan sambil mengekalkan kadar sifar peratus serta menyediakan perkhidmatan kepada lebih 10,000 pelabur," katanya.

Syarikat PKS yang berminat  boleh mengunjungi cawangan UOB di seluruh negara untuk maklumat lanjut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment