Tipu pakej umrah, pereka fesyen Indonesia dipenjara

Wednesday, May 30, 2018

Tipu pakej umrah, pereka fesyen Indonesia dipenjara

Tipu pakej umrah, pereka fesyen Indonesia dipenjara

JAKARTA - INDONESIA. Seorang pereka fesyen muslimah terkenal Indonesia dihukum penjara 18 tahun semalam atas tuduhan menipu pakej umrah dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah berbilion rupiah.

Anniesa Hasibuan, 31, dan suaminya, Andika Surachman didapati bersalah menipu pelanggan yang membayar pakej umrah menerusi agensi pelancongan milik mereka yang dikenali sebagai First Travel.

Mahkamah mengenakan denda Rp10 bilion (RM2.85 juta) kepada Anniesa manakala suaminya dikenakan hukuman penjara 20 tahun dengan denda sama.

Pasangan suami isteri itu dikatakan menipu ramai pelanggan dengan nilai berjumlah sekurang-kurangnya Rp848 bilion (RM242 juta) namun tidak membawa seorang pun pelanggan mereka mengerjakan umrah sejak awal tahun lalu walaupun sudah menerima bayaran.

Anniesa adalah pereka fesyen terkenal di Indonesia dan menggunakan nama Hasibuan pada koleksi pakaian muslimah rekaannya.

Pada 2016, koleksi Hasibuan dipamerkan di pentas fesyen berprestij Minggu Fesyen New York sekaligus mengesahkan statusnya sebagai bintang fesyen dunia yang meningkat naik. - AFP

Kapsyen: Andika Surachman (kiri) dan isterinya, Anniesa Hasibuan, dihukum penjara 18 tahun atas tuduhan menipu pakej umrah.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment