Tiga maut insiden tembakan di Belgium

Tuesday, May 29, 2018

Tiga maut insiden tembakan di Belgium

Tiga maut insiden tembakan di Belgium

LIEGE - BELGIUM. Seorang lelaki dilaporkan menembak mati dua anggota polis dan seorang yang lain di pusat bandar Liège di timur Belgium sebelum membunuh diri.

Menurut laporan media tempatan, dua lagi anggota polis turut cedera dan penyerang turut menjadikan seorang wanita sebagai tebusan.

Pihak polis Liege berkata insiden dan motif serangan masih lagi disiasat dan pusat krisis anti pengganas negara itu turut memantau keadaan terkini.

Belgium berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas serangan pada tahun 2016 oleh militan Daesh yang mengorbankan 32 nyawa. - BBC



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment