Bot karam ketika pulang Gawai, tiga masih hilang
KANOWIT: Tiga lelaki dalam perjalanan pulang untuk menyambut Gawai Dayak dikhuatiri lemas selepas perahu mereka naiki terbalik dan karam di Sungai Poh petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hi berkata, sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Kanowit ke Nanga Ulim.
"Kami terima maklumat awal mengesahkan tiga lelaki menaiki perahu panjang yang turut ada muatan sebelum dilapor hilang," katanya.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3.15 petang.
Kata Tiong, maklumat kejadian diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit yang diketuai Mohamad Bujang.
Jelas Tiong, SAR berdepan kesukaran apabila perjalanan cuma sampai ke Rumah Panjang Menalun kerana mengambil masa dua jam untuk sampai ke lokasi kejadian mengguna bot kecil.
Tambahnya, suasana gelap dan hujan lebat juga menyukarkan SAR.
Operasi SAR akan disambung hari ini.
sumber: astroawani

Menurut laporan Bernama, mangsa dikenal pasti sebagai Raderict Benedict Rodi, 12, dan adik-beradik Presley Tatau, 27, dan Henry Tatau, 28.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3.15 petang.
Kata Tiong, maklumat kejadian diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit yang diketuai Mohamad Bujang.
Jelas Tiong, SAR berdepan kesukaran apabila perjalanan cuma sampai ke Rumah Panjang Menalun kerana mengambil masa dua jam untuk sampai ke lokasi kejadian mengguna bot kecil.
Tambahnya, suasana gelap dan hujan lebat juga menyukarkan SAR.
Operasi SAR akan disambung hari ini.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment