Parkir premium lebih selesa, selamat
SERI MANJUNG - Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan mewujudkan parkir premium di tempat letak kereta bertingkat, Lumut bermula 1 Jun ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip dalam satu kenyataan media memaklumkan pembukaan parkir premium itu adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai bagi meletak kenderaan dengan selamat dan selesa.
Menurutnya, parkir itu sebelum ini diwujudkan untuk pemegang pas bulanan khususnya penduduk Pulau Pangkor.
âNamun begitu, parkir itu kini dibuka kepada orang awam dan kadar bayarannya ialah RM130 sebulan bagi 30 petak permohonan awal dan RM150 sebulan bagi petak seterusnya.
âKadar bayaran RM150 sebulan ini juga adalah untuk pemegang pas bulanan sedia ada. Banyak manfaat yang bakal diperolehi kerana ia beroperasi 24 jam, mempunyai bumbung, ada tanggungan insurans kehilangan dan kerosakan kenderaan.
âPetak ini juga mempunyai nombor khas dan mempunyai kawalan keselamatan iaitu kawasan petak dirantai, penyediaan kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk dan keluar tempat letak kereta selain rondaan oleh pengawal keselamatan bertugas,â katanya.
Katanya, orang ramai digalakkan untuk menggunakan parkir premium berkenaan jika mahu mendapat manfaat yang diberikan berkenaan.
âSebelum petak parkir ini diwujudkan sebarang kehilangan dan kerosakan perlu ditanggung sendiri oleh pemilik kenderaan.
âMereka yang berminat boleh segera menghubungi pihak MPM,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment