KTMB sedia tren tambahan sempena Aidilfitri

Thursday, May 31, 2018

KTMB sedia tren tambahan sempena Aidilfitri

KTMB sedia tren tambahan sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR â€" Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan enam perkhidmatan tren elektrik (ETS) berserta 19,800 tiket tambahan yang akan dibuka pada 4 Jun ini (Isnin), mulai 10 pagi sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut kenyataan KTMB hari ini, tambahan tiket tersebut adalah untuk tarikh perjalanan bermula 12 hingga 14 Jun dan 17 hingga 24 Jun ini.

“Tiket dibuka pada 11 Mei lalu habis dijual khususnya pada tarikh sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri. KTMB mengambil inisiatif mengadakan tren tambahan bagi memenuhi permintaan penumpang dan memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman,” kata kenyataan itu.

Tiket boleh dibeli di kaunter KTMB atau secara dalam talian menggunakan e-Ticket, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) serta ejen KTMB yang berdaftar.

Untuk mendapat jadual lengkap, sila rujuk jadual yang dipamerkan di laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my atau stesen-stesen berhampiran.

KTMB juga ingin menasihatkan orang ramai untuk menyemak butiran tiket masing-masing sebelum meninggalkan kaunter.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment