Tengku Abdullah perkenan lantik dua exco
BATU PAPAN - Kerajaan negeri akan melantik dua lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail jawatan itu daripada empat portfolio yang dipegangnya pada masa ini.
Pelantikan tambahan Exco itu akan menjadikan seramai 10 Exco di negeri ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan melantik dua lagi exco di negeri dalam tempoh terdekat.
âSetelah mendengar hujah dan nasihat Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) kita akan adakan upacara angkat sumpah dalam masa terdekat ini.
âHendak tahu siapa... kena tanya menteri besar,â katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan di Masjid Kampung Batu Papan di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Sementara itu, Wan Rosdy memberitahu, pihaknya akan memaklumkan dua calon berkenaan dalam tempoh terdekat.
âPemangku Raja sudah berkenan dan, jadi harap dapat bersabar insya-ALLAH mungkin dalam minggu ini atau selepas ini.
âBila ada pelantikan baharu saya akan lepaskan dua portfolio sebab sekarang saya ada empat portfolio. Jadi saya akan lebih fokus untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisien kepada negeri,â katanya.
Kerajaan negeri kini dibarisi lapan exco dan Wan Rosdy memegang empat portfolio iaitu Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli; Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Ekonomi; Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli dan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladangan dan Bioteknologi.
Difahamkan dua Adun yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai exco baharu ialah Adun Benta yang juga bekas Exco Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan Adun Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment