Kulit kuning tapi isi merah

Tuesday, May 29, 2018

Kulit kuning tapi isi merah

Kulit kuning tapi isi merah

RANTAU PANJANG - Belum reda dengan fenomena kuih kerbau guling, timbul satu lagi makanan unik dan pelik di Rantau Panjang.

Tembikai di Kampung Kubang Kuau kelihatan berbeza berbanding tembikai lain kerana kulitnya bewarna kuning dengan isi bewarna merah.

Tembikai Mas Kuning memiliki tekstur yang halus, lebih manis dan rapuh namun kurang biji.

Petani, Che Husain Ismail, 58, berkata, buah ini sangat popular di Taiwan dan belum dikenali di negara ini.

Menurutnya, dia mendapatkan benih di sebuah kedai pembekal di Kota Bharu dan ini adalah percubaannya yang ketiga.

“Penamanan buah tanpa musim ini mudah dijaga malah tumbesarannya hanya mengambil masa dua bulan sebelum dituai.

“Awalnya, saya sekadar nak isi masa lapang dan cuba tanam buah ini di 0.8 hektar tanah di belakang rumah.

“Tak sangka pula ia berbuah lebat, saya mampu tuai hampir 5,000 biji untuk setiap musim,” katanya.

Namun katanya, risiko banjir di Rantau Panjang menyebabkan penanaman tembikai itu terpaksa dihadkan kepada semusim sahaja.

Che Husain berkata, timbul kekeliruan apabila tembikai Mas Kuning sering dikaitkan dengan tembikai betik.

Sedangkan katanya, tembikai itu memiliki tekstur yang halus dan manis, lebih sedap berbanding tembikai yang biasa dikomersialkan ketika ini.

Malah Che Husain berkata, harga yang ditetapkan juga hampir sama dengan tembikai biasa iaitu sekitar RM1.80 hingga RM2 sekilogram.


 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment