Kaji semula pengambilan pekerja Bangladesh
GEORGETOWN â" Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM) mengharapkan Menteri Dalam Negeri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperbetulkan beberapa dasar yang diperkenalkan sebelum ini.
Presidennya, Leftenan Kolonel (H) Che Hassan Che Johan berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian serius adalah pengambilan pekerja asing terutama dari Bangladesh.
âKami ingin merakamkan penghargaan kepada Muhyiddin atas pelantikan sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu serta kemenangan Pakatan Harapan yang cemerlang dalam PRU14.
âDengan pelantikan ini, saya doakan semoga penyusunan semula segala dasar dapat diperbetulkan demi kepentingan rakyat di negara ini,â katanya.
Menurutnya, kebanyakannya dasar yang diperkenalkan pada sebelum ini lebih mengutamakan pengambilan pekerja asing.
âKami juga harap perhatian dapat diberikan dengan lebih lagi kepada kakitangan Imigresen yang masih berkhidmat.
âSemoga mereka tidak terasa seperti dianaktirikan seperti sebelum ini,â katanya.
Terdahulu, Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) mahu kerajaan menyelesaikan masalah pekerja asing tanpa izin sedia ada sebelum membawa pekerja Bangladesh ke negara ini.
FMM dalam satu kenyataan pada Februari 2016 berkata, ia bagi mengelakkan kemasukan sejumlah besar pekerja asing dari Bangladesh menambah masalah pekerja tanpa izin di Malaysia.
Sehubungan itu, FMM mencadangkan agar proses pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh dapat dibuat secara telus dan efisien.
Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari Bangladesh.
Beliau turut menggalakkan majikan lebih mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment