Piala Dunia 2018: RTM hanya tayang 27 perlawanan langsung, sama seperti 2014

Wednesday, May 30, 2018

Piala Dunia 2018: RTM hanya tayang 27 perlawanan langsung, sama seperti 2014


Format ini sama dengan siaran Piala Dunia pada 2014 di Brazil, di mana RTM menyiarkan sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perincian kos pembayaran hak penyiaran Piala Dunia 2018 itu akan diumumkan esok oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

"Sebahagian kos dijangka akan ditampung oleh penaja," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat pasca Kabinet dengan warga kementerian, di sini hari ini.

Gobind berkata, beliau telah sebelum ini telah mengemukakan kertas kerja kepada Kabinet serta Kementerian Kewangan berhubung perkara berkenaan dengan kos siling sebanyak RM40 juta.

Acara yang diadakan empat tahun sekali akan menjadikan Rusia sebagai tuan rumah dengan 32 negara dari lima konfederasi bola sepak yang bertanding di 12 tempat untuk memenangi piala yang berprestij itu.

Piala Dunia, yang digelar sebagai acara pertunjukan terbesar di dunia, akan bermula pada 14 Jun dengan Rusia sebagai tuan rumah bertembung dengan Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Luzhniki di Moscow pada pukul 6 petang (11 malam waktu tempatan). - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment