KPDNKK: 14 peniaga ayam diberi notis

Tuesday, May 29, 2018

KPDNKK: 14 peniaga ayam diberi notis

KPDNKK: 14 peniaga ayam diberi notis

SEREMBAN â€" Seramai 14 peniaga ayam di Pasar Besar Seremban dan Pasar Ampangan di sini, diberi notis tunjuk sebab oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan hari ini, berikutan mengenakan harga lebih tinggi berbanding biasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Zubir Hamsa berkata, pihaknya mengesan peniaga menaikkan harga sehingga 9.20 sekilogram berbanding harga sebelum ini iaitu antara RM7.50 sehingga RM8.20 sekilogram.

Sehubungan itu katanya, peniaga diberi tempoh sehingga 5 Jun ini untuk menjawab notis berkenaan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Kenaikan harga menjelang musim perayaan perkara biasa. Tapi kita dapati kenaikan harga ayam ini agak ketara sejak seminggu lalu.

"Manakala seramai enam peniaga daging turut diberi notis, tapi secara keseluruhan harga jualan daging masih stabil.

Zubir (tiga, kanan) membuat pemeriksaan dokumen di gerai menjual daging di Pasar Besar Seremban.

“Bila kita tanya dengan peniaga antara alasannya harga dari pemborong dan peladang tinggi. Bagaimanapun kita akan siasat dari mana punca sebenar dan tidak teragak-agak mengambil tindakan jika mereka didapati bersalah,”katanya pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan harga ayam dan daging di Pasar Besar Seremban di sini.

Menurutnya,peniaga dinasihatkan supaya lebih bertimbang rasa menetapkan harga kerana jualan mereka akan lebih menguntungkan apabila pengguna selesa untuk berbelanja.

Selain itu katanya, pengguna pula dinasihatkan supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna dengan melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment