Dua remaja perempuan terperangkap di ladang sawit
KUALA KUBU BHARU - Dua remaja perempuan yang dilaporkan terperangkap di ladang kelapa sawit Paya Lebar Felda Soeharto akibat semua laluan keluar dinaiki air, berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat, malam tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, kedua-dua remaja berkenaan, Nurul Izzah Amir Hashim, 13, dan Noressyarenny Shariff, 13, dipercayai terperangkap di kawasan ladang itu selepas hujan lebat sejak petang semalam.
âPasukan bomba dan penyelamat termasuk polis serta sukarelawan seramai 24 orang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 6.49 petang dan membuat pencarian pada jarak dua kilometer di kawasan berhampiran.
âSekitar jam 8.04 malam, kita menerima maklumat daripada anggota penyelamat yang menjumpai mangsa berhampiran kandang lembu di ladang sawit berkenaan.
âKemudian kita teruskan dengan operasi mengeluarkan mangsa ke kawasan selamat. Kira-kira jam 8.50 malam, semua anggota penyelamat bersama kedua-kedua remaja tersebut selamat dikeluarkan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment