Tipulah kalau anda tidak pernah kecewa dengan gambar selfie yang anda ambil. Bila gambar dah cantik dah menarik mata pula terpejam, tudung tak betul lah dan yang paling sedih bila posing dah tip top macam artis muka pula nampak kusam. Mulalah anda semua stress kan?

Jadi memandangkan musim raya nanti adalah musim untuk selfie dengan saudara mara, pastikan setiap pagi anda mengambil suplemen untuk jadikan kulit anda kekal glowing dan berseri-seri setiap hari.

Jika anda mengamalkan Flavettes Effervescent Glow sebagai rutin harian anda barulah anda boleh selfie dengan tenang tanpa memikirkan lagi kulit wajah yang kusam.

Jadi tidak perlu lagi rasa takut bila ada mak cik bawang yang akan zoom gambar selfie anda nanti.

Bukan sahaja dengan mengambil suplemen gambar dah meletop tau. Nak lagi cantik anda haruslah melakukan beberapa tips yang kami kongsikan ini untuk gambar selfie raya anda nanti.

1. Gunakan Lidah

Mungkin ini agar pelik bagi anda yang belum tahu. Tapi inilah cara paling berkesan untuk membuatkan muka kelihatan runcing. Caranya anda hanya menekan lidah anda ke atas lelangit sambil tersenyum.

Teknik ini juga dapatlah menyembunyikan double chin anda. Sekaligus membuatkan wajah anda berseri dek kerana terlihat bentuk pipi pada wajah.

2. Posisi Sudut Muka

Tips kedua ini pasti ramai kaki selfie yang sudah amalkan. Bila anda selfie di bawah cahaya lampu elakkan gambar anda mempunyai bayang-bayang kerana ia membolehkan muka anda kelihatan lebih besar dan lebar daripada asal.

Sebaliknya anda berdiri sedikit ke belakang cahaya lampu dan pastikan dagu anda condong ke bawah ke kiri mahupun kanan dan barulah boleh mendapatkan selfie yang menarik.

Wajah yang glowing juga memainkan peranan bila selfie jadi anda harulah mengambil Flavettes Effervescent Glow setiap pagi.

3. Posisi Badan Dan Lengan

Untuk kelihatan kurus dalam gambar anda haruslah pusingkan badan anda sebanyak 45 darjah dan letakkan sebelah tangan anda di pingul manakala berat anda hanya menampung pada satu kaki sahaja.

Senang cerita bila nak tangkap gambar pastikan sebelah kaki ke hadapan dan sebelah lagi di bahagian belakang barulah kelihatan kurus bila dalam gambar.

4. Silang Kaki

Dengan cara anda silang kaki bila bergambar tidak kisahlah duduk mahupun berdiri ia mampu membuatkan kaki anda kelihatan kecil dan lebih panjang.

Posisi kaki juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan gambar yang cantik. Jika anda tidak menghiraukan posisi kaki gambar anda akan kelihatan kurang menarik.

Jadi tips ke empat ini bolehlah anda berlakon seolah-olah anda seorang yang tinggi dan kurus meskipun anda berbadan gempal.

5. Senyuman Yang Lebar

Ini yang paling penting, bila anda selfie pastikan anda senyum dengan hanya kelihatan gigi di bahagian atas sahaja sambil melebarkan senyuman anda. Elakkan untuk senyum sambil menutup mulut kerana ia akan membuatkan anda sedikit berisi.

Dalam masa yang sama pastikkan muka anda dalam keadaan yang sangat rilex dan yang paling penting anda jangan lupa amalkan Flavettes Effervescent Glow untuk wajah yang glowing.

Barulah senyuman yang anda berikan itu satu senyuman yang manis dan wajah ‘real’ tanpa sebarang editing berlaku.

6. Pencahayaan

Tips ini yang paling banyak anda guna semasa selfie. Yala dengan pencahayaan akan membuatkan muka anda kelihatan glowing. Tetapi sebenarnya cahaya yang natural (cahaya matahari) itulah cahaya yang paling terbaik untuk anda selfie pada waktu siang.

Pada waktu malam anda boleh menggunakan cahaya lampu tetapi elakkan nampak bayang-bayang dan pencahayaan pada waktu malam tidaklah secantik cahaya pada waktu siang.

7. Amalkan Suplemen Untuk Wajah

Terakhir untuk anda dapatkan kulit yang berseri dan wajah anda sentiasa dalam keadaan untuk selfie. Anda haruslah mengamalkan suplemen seperti Flavettes Effervescent Glow yang kaya dengan vitamin C, vitamin E dan glutathione ini.

Hanya dengan 1 tablet sahaja dapat membantu wajah anda kelihatan berseri-seri setiap hari kerana dengan suplemen yang gaya dengan glutathione ini merupakan agen antioksida yang amat efisien.

Ia merupakan formula 3 in 1 di mana ia dapat membantu mengeluarkan kolegen yang berperanan untuk membaiki kulit wajah anda sekaligus membuatkan kulit anda dalam keadaan sentiasa sihat dan berseri.

Selain itu, Glutathione yang terdapat dalam Flavettes Effervescent Glow membantu memutihkan kulit wajah anda (whitening effect).

Disamping itu, untuk anda dapatkan satu gambar selfie yang lebih menarik anda haruslah melakukan senaman muka setiap pagi dan pastikkan anda minum air kosong dengan secukupnya barulah wajah anda cantik.

Kami harap dengan beberapa tips yang kami kongsikan ini gambar selfie di pagi raya anda nanti pastinya meletop dan mendapat banyak pujian apabila anda muat naik di laman sosial. Selamat Mencuba!