Jahya perlu kemuka geran tanah
PENDANG - Seorang warga emas yang kehilangan tempat tinggal selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Jelutong bakal dibantu zakat.
Pegawai Zakat daerah Pendang, Mohd Nasri Ab Ghani berkata, pihaknya ambil berat perihal keadaan warga emas berkenaan.
Katanya, pihak zakat meluluskan kos pembinaan rumah sebanyak RM43,000 kepada Jahya Salleh.
âNamun begitu, sebarang kerja pembinaan tidak boleh dimulakan selagi pihak Jahya tidak mengemukakan salinan geran,â katanya.
Menurutnya, prosedur untuk pembinaan rumah di bawah bantuan zakat wajib mempunyai geran.
âKemukakan geran kepada pihak zakat dan insya-ALLAH kita akan mulakan kerja pembinaan rumah secepat mungkin,â ujarnya.
Pada 26 Mei lalu, Sinar Harian memaparkan kisah seorang warga emas yang hanya menumpang teduh di bawah pokok selepas rumahnya musnah terbakar.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment