Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, orang ramai yang ingin menyalurkan derma atau sumbangan mereka boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank (Malayan Banking Berhad) 566010626452.
âBerdasarkan kepada perkembangan semasa ekoÂnoÂmi negara dan keprihatinan rakyat terhadap keÂdudukan hutang neÂÂgara, wujud keÂsedaran dalam kalaÂngan rakyat Malaysia untuk membantu keÂrajaan.
âRakyat secaÂra sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas kepada kerajaan bagi menangani isu tersebut,â katanya dalam satu kenyaÂtaan di sini hari ini.
Jelas beliau, wang derma itu akan diuruskan secara sistematik dan telus oleh Kementerian KewaÂngan.
Menurut Guan Eng, derma dan sumbangan yang boÂleh dihulurkan adaÂlah dalam bentuk mata wang tempatan (ringgit Malaysia) sahaja.
âBagi pihak kerajaan, saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan segala sumbaÂngan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa,â katanya.
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment