Sekolah Islam Darul Ehsan perlukan RM1 juta

Thursday, May 31, 2018

Sekolah Islam Darul Ehsan perlukan RM1 juta

Sekolah Islam Darul Ehsan perlukan RM1 juta

SUBANG JAYA - Sekolah Islam Darul Ehsan (Simde) di sini memerlukan dana RM1 juta bagi menyiapkan dewan terbuka dan kos penyelenggaraan infrastuktur sekolah tersebut pada masa akan datang.

Setiausaha Yayasan Samde, Datuk Abu Backer Sidek berkata, kerja pembinaan dewan terbuka itu akan dimulakan pada bulan Disember tahun ini dan dijangka boleh digunakan pada awal tahun hadapan.

"Dewan itu adalah untuk kegunaan pelajar di sekolah tersebut pada hari persekolahan dan pada hujung minggu akan disewakan sebagai tempat untuk menganjurkan acara dan program seperti majlis perkahwinan, ia sebagai satu usaha untuk jana pendapatan sekolah.

"Tabung sumbangan akan dilancarkan Sabtu ini dan individu atau syarikat korporat yang menyumbang akan memperoleh sijil wakaf dari pihak Yayasan Samde.

Menurutnya, sekolah itu dibina menggunakan konsep wakaf dan sehingga kini, empat blok bangunan berjaya dibina termasuk kantin dan kelas pelajar.

Katanya, pihak sekolah turut mengadakan kerjasama dengan kumpulan nasyid Rabbani untuk mewujudkan satu pusat latihan nasyid kepada orang ramai yang berminat dalam bidang itu.

"Sehingga kini kami ada kira-kira 1,000 orang pelajar dari peringkat tadika hingga tingkatan enam dan tahfiz.

"Di sekolah ini kami mempunyai aliran sastera yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Perancangan jangka panjang kami untuk jadi Kolej Universiti," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment