Polis nafi minta interpol kesan Musa Aman
PENAMPANG â" Polis masih belum merakamkan kenyataan daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman susulan laporan polis yang dibuat Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, polis percaya Pengerusi BN Sabah itu sudah meninggalkan negeri ini, sejak 14 Mei lepas.
Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan Musa pergi ke mana.
âKami (polis) sudah cuba menghubungi beliau (Musa) melalui pelbagai saluran dan kami mendapat maklum balas bahawa dia akan kembali (ke Sabah). Tetapi tidak tahu bila,â katanya, hari ini.
Ditanya sama ada waran tangkap akan dikeluarkan terhadap Musa, Ramli berkata, perkara itu bukan prosedur polis kerana kenyataan daripada Musa masih diperlukan dalam siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Juhar.
Pesuruhjaya Polis itu juga menafikan polis akan meminta bantuan daripada Interpol bagi mengesan kedudukan Musa di London, kerana beliau dipercayai berlepas ke England.
âTidak (tidak meminta bantuan daripada Interpol). Ini kes tidak begitu serius...kita hanya perlu merakam kenyataan Musa dahulu. Kita boleh tunggu sehingga Musa pulang,â katanya.
Pada 19 Mei lalu, Juhar membuat laporan polis terhadap Musa dipercayai ada kaitan tentang intimidasi jenayah terhadap beliau.
Laporan polis itu dibuat dua hari selepas Musa memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Juhar dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.
Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Juhar pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah 31 daripada 60 kerusi pada PRU14 apabila dua wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada BN Sabah yang memenangi 29 kerusi.
Bagaimanapun, dua hari kemudian, Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri apabila mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN beralih sokongan kepada Warisan dan gabungan Pakatan Harapan, yang juga memenangi 29 kerusi.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment