Pada kunjungan itu, Timbalan Perdana Menteri turut memberikan kata-kata semangat dan ucapan takziah dengan isteri mangsa, Che Yang Ton, 53, dan anak mereka yang terselamat dalam kejadian itu, Azim Hazrin, 22, dan Nur Hidayah, 24.
Turut mengiringi ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Halimaton Saadiah Saad.
Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Che Yang.
Beliau kemudian meluangkan masa kira-kira 15 minit melakukan tinjauan serta melawat kawasan kampung yang terjejas akibat dilanda banjir kilat itu.
Wan Azizah kemudian turut menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir dan berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Kampung Sungai Kob.
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment