Mangsa banjir di Perak kembali meningkat

Wednesday, May 30, 2018

Mangsa banjir di Perak kembali meningkat

Mangsa banjir di Perak kembali meningkat

IPOH: Hujat lebat yang tidak menentu menyebabkan bilangan mangsa banjir di Perak meningkat semula kepada 161 orang daripada 43 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah setakat jam 4.30 petang tadi.

PPS terbaru dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu di Bagan Serai di daerah Kerian.

Paras air Sungai Kerian yang makin tinggi menyebabkan 60 lagi mangsa dari 18 keluarga dari Kampung Beriah dan Parit Simpang 4 dipindahkan ke PPS berkenaan sehingga jam 4.30 petang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBD) berkata, selain 60 mangsa terbaharu di PPS itu, seramai 10 lagi mangsa baharu membabitkan mereka yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah sama, manakala satu lagi di PPS Temerlok, Trong, dekat Taiping.

Katanya, secara keseluruhan pertambahan bilangan mangsa banjir bagi ketiga-tiga PPS di Perak adalah seramai 70 orang daripada 20 keluarga berbanding 91 mangsa daripada 23 keluarga yang dilaporkan tengah hari tadi.

"Paling terbaharu satu pusat pemindahan dibuka di PPS SK Alor Pongsu yang menempatkan seramai 60 orang daripada 18 keluarga.

"Bilangan mangsa banjir di PPS SK Changkat Lobak di daerah sama turut meningkat kepada 73 orang daripada 16 keluarga, menjadikan keseluruhan seramai 133 orang daripada 34 keluarga ditempatkan di PPS di daerah itu setakat ini," katanya ketika dihubungi di sini, petang tadi.

Katanya, mangsa di SK Temerlok turut meningkat kepada 28 orang daripada sembilan keluarga.

Terdahulu, pagi tadi PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai di Pantai Remis ditutup.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment