Hindraf ada agenda tersembunyi

Wednesday, May 30, 2018

Hindraf ada agenda tersembunyi

Hindraf ada agenda tersembunyi

KOTA BHARU - Terdapat agenda tersembunyi di sebalik tindakan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menuntut kemasukan kaum lain ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali berkata, tuntutan tersebut tidak rasional kerana peluang masyarakat bukan Melayu untuk memasuki mana-mana universiti tempatan terbuka luas.

“Kita ada puluhan universiti awam dalam negara, itu belum lagi universiti swasta, semua ini terbuka kepada semua bangsa termasuk orang Melayu, Cina India dan lain-lain kaum tetapi kenapa UiTM yang sudah tertakluk dalam perlembagaan juga yang mereka mahu.

“Saya merasakan satu perkara yang tidak baik berkenaan hubungan kaum dan Hindraf jelas ada agenda tersirat,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sehubungan itu, Azmi menyeru kepimpinan negara yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melayan tuntutan yang jelas mencabar hak keistimewaan orang Melayu.

“Saya merayu Tun dan pemimpin kerajaan supaya tidak layan tuntutan ini, implikasi buruk seandainya tuntutan ini dipenuhi, ia seolah-olah mencabar kewibawaan orang Melayu,” katanya.

Beliau mengakui, adalah tidak menjadi kesalahan kepada semua pihak untuk membuat tuntutan, tetapi ia mesti berdasarkan perlembagaan yang ditetapkan.

“Siapa sahaja boleh menuntut tetapi mereka harus tengok perlembagaan negara, asas ini mesti kita jaga kalau mahu negara makmur, kalau tidak perkara di luar jangkaan boleh berlaku,” katanya.

Menyentuh mengenai pentadbiran negara kini, Azmi berkata, semua pihak perlu memberi peluang kepada Tun Mahathir dalam melaksanakan apa yang dijanjikan sebelum ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment