Jamal Yunos loloskan diri ke Indonesia?
KAJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta bantuan pihak berkuasa Indonesia bagi memburu Datuk Seri Jamal Md Yunos, ujar Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia berikutan katanya, Ketua Umno Sungai Besar itu didakwa telah melarikan diri ke negara republik itu.
Pada masa sama, Muhyiddin menolak rayuan Jamal untuk mendapatkan jaminan perlindungan.
âApa nak berlindung apa, dia tahu dia buat salah, lepas itu dia lari, saya sedang minta Ketua Polis Negara untuk memburu beliau, katanya dia berada di Indonesia, jadi kita akan minta kerjasama dari pihak polis di sana, cari beliau bawa ke sini.
âApa pun kalau ada apa-apa kesalahan yang beliau lakukan, saya serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sesuai dengan undang-undang yang ada,â katanya semasa ditemui media selepas Program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang.
Jamal pada Rabu gagal menghadirkan diri ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan kepada polis susulan dakwaan melarikan diri sebelum proses ikat jamin selesai.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu kemudian memuat naik rakaman video yang memperlihatkan dirinya berada di sebuah ladang kelapa sawit. - Astro Awani
ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/nasional/lebih-40-jam-jamal-belum-serah-diri-1.839527
ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/dah-seminggu-tak-nampak-jamal-balik-1.839483
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment