Laporan SST siap sebelum Aidilfitri
KUALA LUMPUR â" Kertas cadangan mengenai kaedah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata, sistem SST yang akan diperkenalkan semula itu akan mempunyai sedikit pembaharuan menjadikannya lebih cekap dengan matlamat utama untuk menurunkan harga barangan untuk rakyat.
Daim turut memberi gambaran awal, sistem SST yang akan dinaik taraf itu mampu meraih hasil mencukupi untuk menampung kehilangan hasil kutipan GST yang dimansuhkan.
âJabatan Kastam buat laporan kepada saya, masih awal, mungkin pendapatan akan kurang daripada RM5.0 bilion, tetapi harga minyak naik.
âDalam Bajet (harga minyak dijangka) AS$52, sekarang naik AS$70. Minggu lepas AS$80, setiap AS$1 yang naik, kita dapat RM300 juta. Itu hasil untuk menampung kekurangan,â jelasnya.
Mengulas keraguan sama ada harga barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah selepas pelaksanaan semula SST, katanya faktor nilai mata wang ringgit akan turut memainkan peranan ke atas barangan yang kebanyakannya diimport.
Daim berkata, perkara ini boleh diatasi dengan mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada kerajaan.
Beliau berkata, ekonomi merupakan subjek yang amat kompleks dan tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja.
Katanya, dengan hasil kerajaan juga, tiada keperluan untuk memperkenalkan sebarang cukai baharu, mahupun meningkatkan kadar cukai pendapatan atau korporat buat masa ini. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment