Nik Omar jumpa bonda

Tuesday, May 1, 2018

Nik Omar jumpa bonda

Nik Omar jumpa bonda

KOTA BHARU - Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi gambaran bahawa beliau ada pulang bertemu dengan bondanya, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Nik Omar melalui satu kiriman pesanan ringkas melalui aplikasi WhatApps mengatakan berjumpa dengan bondanya selepas menjadi calon di kerusi Dun Chempaka.

“Ada masa anak kelima jumpa bondanya... Ada masa anak kedua juga jumpa bondanya,” katanya.

Selain itu, Nik Omar turut memberitahu beliau tetap menyayangi Nik Abduh yang ditulis sebagai anak kelima walaupun adiknya mengeluarkan kenyataan pedas mengenai keputusannya menjadi calon kepada Pakatan Harapan.

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk keluarganya.

“Yang tua patut sayang pada yang lebih muda, yang muda patut hormat pada yang tua, itu yang Islam ajar. Doakan yang terbaik,” katanya menerusi aplikasi tersebut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment