Zairil pindah ke Dun Tanjong Bunga
GEORGETOWN â" DAP Pulau Pinang membuat rombakan calon yang akan bertanding di Parlimen Bukit Bendera dan tiga Dun di dalamnya.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada sidang media, hari ini.
Pengumuman itu menunjukkan penyandang Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tidak dicalonkan semula di kerusi tersebut apabila disenaraikan sebagai calon di Dun Tanjong Bunga.
Penyandang Dun Air Itam, Wong Hon Wai pula disenaraikan sebagai calon di Parlimen Bukit Bendera menggantikan Zairil Khir Johari.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diumumkan kekal bertanding di Dun Air Putih pada PRU14 nanti.
DAP turut menyenaraikan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Lee Chun Kit sebagai calon di Dun Pulau Tikus.
Penyandang Dun Pulau Tikus, Yap Soo Huey pula dikatakan tidak mahu mempertahankan kerusinya itu kerana mahu melanjutkan pengajian.
Manakala calon bagi kerusi Dun Kebun Bungah akan diumumkan oleh pimpinan PKR dalam masa terdekat.
[ARTIEKL BERKAITAN: Senarai calon DAP kerusi Dun, Parlimen Bukit Bendera]
Sementara itu, Zairil Khir Johari ketika ditemui mengesahkan ia sebahagian daripada strategi parti apabila beliau tidak dicalonkan semula di kerusi Parlimen Bukit Bendera.
âIni (Tanjong Bunga) memang sebahagian daripada kawasan Bukit Bendera. Saya dah kerja di sini lima tahun, saya rasa rakyat di sini pun kenal saya.
âSebenarnya banyak program dan projek infrastruktur yang saya buat di Tanjong Bunga. Kalau dipilih, saya akan terus dan memperbanyakkan lagi kemudahan awam, taman dan naik taraf jalan,â katanya.
Calon Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kerusi parlimen.
âSaya telah berkhidmat di Dun Air Itam selama dua penggal. Kali ini saya diberi peluang untuk bertanding di parlimen.
âSaya anggap ini satu cabaran sebab Parlimen Bukit Bendera besar, ada empat Dun. Saya ingin bawa agenda rakyat ke peringkat parlimen dan luar parlimen,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment