Tindakan DAP letak calon Melayu sudah dijangka
HUTAN MELINTANG - Tindakan DAP meletakkan calon Melayu mewakili parti itu bertanding di kerusi Dun Perak sudah dijangka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu menyedari penolakan orang Melayu terhadap DAP dan langkah meletakkan calon Melayu adalah untuk menarik undi orang Melayu.
Pihaknya telah menelaah dan menjangka dari awal apabila DAP tidak menggunakan lambang parti sendiri, sebaliknya guna lambang parti lain.
âTelahan ini benar dan ia bertujuan untuk menarik pengundi Melayu menyokong calon mereka.Tentunya dengan meletakkan seorang pakar undang-undang (daripada DAP) tetapi bertanding menggunakan lambang parti lain adalah pengesahan dan agenda mereka kini terserlah.
âMangsanya adalah Bersatu (yang dibubar sementara), Amanah dan PKR sendiri kerana sudah hampir pasti kawasan ditandingi DAP yang diletakkan calon Melayu bertujuan mencari tokoh dihajati bagi mengetuai kerajaan negeri,â katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian mengulas tindakan DAP meletakkan pakar perundangan, Prof Dr Abdul Aziz Bari, bertanding di Dun Perak, seperti disahkan ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta penduduk Parlimen Teluk Intan menilai sendiri perkhidmatan dan pembangunan yang dibawakan oleh Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong ke kawasan itu.
Katanya, hasrat Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming untuk bertanding di Parlimen Teluk Intan memperlihatkan parti itu mahu merampas kerusi yang mereka kalah sebelum ini.
âSiapapun mewakili DAP kebanyakan mereka terdiri daripada calon nomad yang berpindah tempat setiap kali tiba PRU.
âKita tahu Mah Siew Keong adalah anak tempatan dan banyak beri perkhidmatan kepada masyarakat di Teluk Intan di samping pembangunan yang dibawa selepas PRK Teluk Intan sebelum ini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment